Saturday, 20 October 2018

INSTUCTIONAL SYSTEM DESIGN (REKA BENTUK PENGAJARAN YANG TERATUR)

Assalamualaikum,


Semakin menganjak minggu berikutnya...makin pening dan berat kepala aku...hehe tapi rasanya bukan aku seorang sahaja yang berperasaan macam ini...semua merasakan benda yang sama....

Oohhhh I NEED A VACATION!!! hehehe

Apa-apa pun semua perlu diselesaikan. Kalau kita tidak mengejar masa...masa akan mencemburui kita...ye dak???

Minggu ni untuk Kelas PQI6004 Dr. Dorothy sebut-sebut tentang ADDIE. Siapa Addie?
bukan..bukan...bukan...dia bukan seorang lelaki yang tall, dark & handsome.....hahahaha

ADDIE adalah sebuah model yang akan digunakan untuk membangunkan  "Instructional System Design" atau singkatannya ISD yang apabila diubah bahasa yang lebih mudah faham ialah merekabentuk sistem pengajaran yang lebih teratur.

ADDIE bermaksud daripada singkatan perkataan "Analysis", "Design", "Development", "Implement" dan juga "Evaluate".
Menurut Dr. Dorothy,  model ADDIE ini akan digunakan untuk merekabentuk (merancang) pengajaran dengan menitikberatkan beberapa elemen yang pada minggu lepas telah diterangkan. antara elemennya adalah:
1. Matlamat pengajaran
2. Objektif yang ingin dicapai
3. Pengalaman pengajaran yang ingin disampaikan
4. Penstrukturan pengajaran
5. Menilai 

Menurut McGriff (2000), setiap elemen atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang  berikutnya.

Menurut Nasohah et.al (2015) pula, "lima fasa ini dilihat sangat relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan proses reka bentuk, yang mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang seterusnya. Justeru, dengan kupasan proses model ADDIE ni, disarankan kepada penulis-penulis modul pengajaran yang terdiri daripada segenap peringkat institusi pendidikan agar mendalami model ADDIE ini dan menggunakannya sebagai asas dalam reka bentuk modul agar hasilnya menepati objektif yang ingin dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efektif.

Okaylah, rasanya cukuplah untuk aku memperkenalkan ADDIE..hehe semoga aku dapat mengaplikasikan model ADDIE ini di dalam perancangan pengajaran aku suatu hari nanti. 

Kita berjumpa untuk minggu hadapan ye...terima kasih sudi membaca..Assalamualaikum.



Aku dan kawan-kawan di hadapan bilik Kuliah. 

P/s: Aku kongsikan video yang aku ambil dari Youtube untuk penjelasan Model ADDIE secara visual.





RUJUKAN
McGriff, S. J. (2000). Instructional system design (ISD): Using the ADDIE model. Retrieved June10, 2003.

Nasohah, U. N., Gani, M. I. B. A., Shaid, N. B. M., & Shaid, M. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. In Proceeding of the International Seminar on Language Teaching IseLT (pp. 4-5).



Friday, 19 October 2018

Pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum....





Pejam celik dah minggu ke-3 aku di UM sebagai mahasiswi. Assigment jangan cakaplah..ya ampun, banyak sangat dong! Tapi demi segulung diploma dan ingin menjadi pendidik yang bertauliah. Aku gagahkan juga!! Chewah...hehehe


Inilah rupe mahasiswi yang  enjoy walaupun kerja melambak..comel kan? (Perasan!)



Okaylah, macam biase setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi-12.00 tengah hari aku akan datang ke kelas PQI6004 bersama Dr Dorothy yang super duper extra cute (wah! Harap-harap dapat extra mark..hahahahaha).


Inilah Dr Dorothy yang mengajar aku..ya! Dia tidak berambut blonde...hehe





Minggu ini kami satu kelas diberi pendedahan bagaimana untuk membangunkan kukurikulum sendiri sekiranya kami menjadi badan yang dipertanggungjawabkan (bunyinya agak berat bukan?). Sebenarnya apa yang disampaikan oleh Dr Dorothy merupakan petunjuk kepada kami untuk membangunkan kurikulum(sebab ada assigment 🤣)





Sebelum kurikulum ingin dibangunkan, beberapa elemen yang perlu aku tahu. Antara elemennya adalah:





1. Matlamat

Sebagai pihak yang akan membangunkan sesebuah kurikulum, kita mesti tahu apakah matlamat yang hendak dicapai?. Antara matlamat yang perlu dicapai adalah seperti kepuasan individu, kehendak kurikulum itu sendiri mengikut keperluan masyarakat, kaitan ia dengan amalan masyarakat, selaras dengan kepercayaan agama dan pembangunan yang holistik serta kognitif, afektif dan rohani.





2. Objektif atau hasil pembelajaran.

Beberapa kriteria yang perlu diambilkira dalam membentuk objektif. Antaranya ialah fokus pelajar, menggunakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan dengan mengaplikasikan bloom taxonomi, kriteria pencapaian dan situasi pelajar.





3. Pengalaman pembelajaran.

Beberapa perkara yang perlu dititk beratkan dalam menetukan pengalaman pembelajaran yang pelajar akan dapat. Antaranya ialah Persekitaran pembelajaran (masa, metodologi, sumber pembelajaran dan pengajaran, alat, guru dan pelajar). 

Selain itu, menguruskan persekitaran pembelajaran yang bermakna untuk membuat pilihan yang tepat, persekitaran Pembelajaran Aktif, pelajar yang aktif (secara mental), aktiviti yang bermakna, pendekatan bersepadu, minat dan  gaya pembelajaran dan konteks pembelajaran yang pelbagai.





4. Kandungan.

Isi kandungan sesebuah kurikulum itu mestilah mempertimbangkan tentang disiplin pengetahuan dan pengetahuan bersepadu (pelbagai disiplin). Antara kriteria disiplin tersebut ialah pengetahuan yang sah dan kepentingannya (mencapai objektif dan matlamat kurikulum).

5.Mengorganisasi pengalaman pembelajaran. 
Beberapa bentuk penstrukturan yang boleh digunakan seperti "Vertical and horizontal integration "(Tyler) , "Spiral curriculum", Thematic (konsep, teori, kemahiran, nilai) dan juga urutan logik, atau susunan mengikut kesukaran.


6. Menilai pembelajaran.
Beberapa aspek yang perlu dinilai bagi membangunkan kurikulum agar keberkesannya dapat diukur. Antara aspek-aspeknya ialah menentukan sama ada matlamat dan objektif telah dicapai, mengukur tingkah laku, penilaian berterusan atau pada akhir pelajaran. Selain itu penilaian untuk mendapatkan maklum balas untuk mengukur tingkah laku pelajar. Mempelbagaikan penilaian untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengukur tahap pencapaian pelajar.

Wah! Banyak pula yang aku terangkan...hehe harap semua yang membaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Aku juga berharap dapatlah aku cuba membangunkan kurikulum sendiri..chaiyokk!!!

Okaylah, kita jumpe untuk entry minggu hadapan ya! 
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca...assalamualaikum

Thursday, 11 October 2018

APA ITU KURIKULUM?

Assalamualaikum,
Pada minggu ini, aku telah diberikan penjelasan tentang:  Apa itu kurikulum?





Minggu lepas, Dr Dorothy telah membahagikan nama pelajar kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan satu definisi kurikulum. Terdapat 6 definisi yang telah dibentangkan dan akan dibincangkan di sini. Antara definisi-definisi yang telah dibentangkan ialah:


1. "Curriculum is the ‘permanent’ subjects that embody essential knowledge". Kurikulum ini didefinisikan sebagai kurikulum terhad hanya dengan beberapa mata pelajaran akademik.
2. Curriculum is those subjects that are most useful for contemporary living. Kurikulum ini didefinisikan sebagai kurikulum yang biasanya dipilih dari segi isu dan masalah masa kini dan utama di dalam masyarakat dan ia melibatkan "kemahiran berfikir aras tinggi".
3. Curriculum is all planned learning for which the school is responsible. Ianya bermaksud kurikulum yang telah dirancang dan disampaikan oleh guru dengan cara yang tersendiri dan kreatif mengikut kelompok pelajar yag berada di sesebuah sekolah.
4. Curriculum is the totality of learning experiences so that students can attain general skills and knowledge at a variety of learning sites. Ia bermaksud kukurikulum yang memberi  penekanan dalam pembelajaran dan bukannya untuk guru mengajar, terutamanya kemahiran belajar dan pengetahuan di lapangan selain sekolah
5. Curriculum is what the students construct from working with the computer and its various networks, such as the Internet. kurikulum ini adalah menggunakan teknologi pengkomputeran baru yang telah mewujudkan budaya untuk pembelajaran yang semakin aktif; pelajar dapat membina dapatan mereka sendiri kerana mereka mencari sumber-sumber daripada Internet, meneroka isu-isu dan berkomunikasi dengan orang lain.
6. Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of human situations. Definisi ini membayangkan tentang penentangan terhadap nilai dan amalan yang digunakan secara meluas ('moden').


Gambar kumpulan aku sedang membentangkan definisi kurikulum "Curriculum is all planned learning for which the school is responsible"


Daripada pembentangan rakan-rakan sekuliah , dapat aku simpulkan bahawa, definisi sesuatu kukurikulum sesebuah negara itu bergantung kepada bagaimana ia akan dilaksanakan supaya ia dapat disampaikan dengan berkesan di dalam kelas. Oleh itu, setiap pelajar akan berasa gembira, menghargai dan sentiasa mendapat pengalaman yang baru semasa proses pembelajaran.
Selepas selesai keenam-enam kumpulan membentangkan definisi kukurikulum masing-masing, kelas bersurai. Okay, In shaa Allah aku akan menulis lagi untuk menceritakan pengalaman aku pada minggu hadapan.

Terima kasih kerana sudi membaca :)
Daaa.....


Minggu pertama Kelas "APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI6004)"



Assalamualaikum dan hi,


Perasaan minggu pertama aku memulakan pengajian sebagai mahasiswi Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Universiti Malaya sangat mengujakan. Persekitaran yang sangat positif sangat kuat dapat aku rasakan. Perkenalan dengan rakan- rakan baru yang berbeza latar belakang dan dapat berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman sangat memberi inspirasi agar aku lebih banyak memperbaiki diri.



Jumaat, 28 september 2018 jam 9.00 pagi aku begitu teruja untuk menghadiri kelas yang telah aku daftar iaitu PQI6004, APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN. Aku sampai awal pagi itu. Aku perhatikan sudah ada yang hadir lebih awal dariku dihadapan bilik kuliah yang telah ditetapkan. Kelas pertama biasanya memang akan lebih bersemangat :) Betul kan? hehe



Dr Dorothy Dewitt adalah pensyarah yang akan mengajar aku subjek ini. Hari ini, dia manis memakai blouse putih dan skirt berwarna purple.



Soalan pertama yang Dr Dorothy tanyakan kepada kami di dalam bilik kuliah, 



"Semasa kamu mendaftar subjek, apakah tanggapan pertama kamu kepada saya?. Adakah kamu ingat saya berambut blonde?". Semua pelajar menyambutnya dengan gelak.



 "Nama cantik"jawabku. Dia membalas dengan tawa yang sangat menyenangkan.



Okay,jam yang pertama  dimulakan dengan memperkenalkan diri. Bermula dengan Dr Dorothy dan aku adalah orang terakhir. Dr Dorothy berasal dari Melaka dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak dalam bidang pendidikan.



Jam kedua, kami semua diberi fahaman tentang apa itu kurikulum secara amnya. Nama subjek pun ada perkataan kurikulum, jadi sudah semestinya akan mempelajari "apa itu kurikulum?". 



Ramai kawan-kawan sekuliahku berkongsi fahaman peribadi dengan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Aku senaraikan secara ringkas dari perkongsian yang ada.



Apa itu kurikulum?

1. Kurikulum adalah silibus
2. Kurikulum merupakan rancangan pengajaran dan pembelajaran
3. Kurikulum adalah dokumen yang disediakan untuk sekolah rujuk bagi guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
4. Kurikulum adalah apa yang pelajar perlu pelajari


Tetapi dari persepektif pendidikan, apa yang aku dapat daripada apa yang disampaikan oleh Dr.Dorothy adalah;



Menurut Pinar (1974), perkataan Kurikulum atau dalam Bahasa Inggeris Curriculum adalah berasal daripada Latin iaitu 'currere’ yang bermaksud berjalan (atau pun hidup). Manakala menurut daripada Pinar et al. (1995) dan Pinar (2004), nilai kurikulum dalam pembelajaran kendiri adalah melalui kaedah autobiografi.



Menurut Marsh and Willis (2007), kurikulum terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:



1. Kurikulum yang telah dirancang (planned curriculum) oleh badan bertanggungjawab dan di Malaysia adalah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Kurikulum yang telah digubal (enacted curriculum) dimana kurikulum itu telah digunakan dan disampaikan oleh guru mengikut tanggungjawab dan kreativiti masing-masing.
3. Kurikulum yang berpengalaman (experienced curriculum), dimana ia merupakan pengalaman pelajar semasa pembelajaran. Setiap pelajar akan mendapat pengalaman yang berbeza semasa sesi pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa dalam kelas.


Menurut McNeil (2003) kurikulum yang hidup (live curriculum) adalah apabila guru dan pelajar saling berhubung di dalam kelas semasa melakukan aktiviti yang sangat bermakna. Manalaka kurikulum mati (dead curriculum) pula adalah kurikulum yang tidak dihidupkan dengan pelbagai kreativiti tetapi disampaikan mengikut standard dokumentasi yang telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.


Rasanya ini sahaja yang dapat aku tuliskan mengikut apa yang aku faham dan belajar semasa di dalam bilik kuliah. Kuliah ditamatkan dengan setiap orang diberi tugas untuk dibentangkan pada kelas minggu hadapan tentang beberapa makna kurikulum. Okay aku akan kongsikan apa yang akan dibentangkan oleh setiap kumpulan pada minggu hadapan dan apa yang aku dapat pelajari darinya ya!

Terima Kasih kerana sudi membaca kisah dan kuliah aku ;)
Assalamualaikum.



        Mahasiswi yang baik-baik dan hebat yang aku kenal waktu sekarang...hehe. Sebenarnya ramai lagi tetapi ini sahaja yang sempat diambil. 




Disertakan  link untuk pembacaan semua tentang kurikulum.

https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/31138798/tyler_001.pdfAWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1545229993&Signature=oIiZWvleoKUNPcqWzqgtxr8K1c%3D&responsecontentdisposition=inline%3B%20filename%3DBsic_principles_of_curriculum_and_instr.pdf

https://www.moe.gov.my/index.php/my/kurikulum

http://studentsrepo.um.edu.my/5959/4/4._BAB_1.pdf