Friday, 19 October 2018

Pembangunan Kurikulum

Assalamualaikum....





Pejam celik dah minggu ke-3 aku di UM sebagai mahasiswi. Assigment jangan cakaplah..ya ampun, banyak sangat dong! Tapi demi segulung diploma dan ingin menjadi pendidik yang bertauliah. Aku gagahkan juga!! Chewah...hehehe


Inilah rupe mahasiswi yang  enjoy walaupun kerja melambak..comel kan? (Perasan!)



Okaylah, macam biase setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi-12.00 tengah hari aku akan datang ke kelas PQI6004 bersama Dr Dorothy yang super duper extra cute (wah! Harap-harap dapat extra mark..hahahahaha).


Inilah Dr Dorothy yang mengajar aku..ya! Dia tidak berambut blonde...hehe





Minggu ini kami satu kelas diberi pendedahan bagaimana untuk membangunkan kukurikulum sendiri sekiranya kami menjadi badan yang dipertanggungjawabkan (bunyinya agak berat bukan?). Sebenarnya apa yang disampaikan oleh Dr Dorothy merupakan petunjuk kepada kami untuk membangunkan kurikulum(sebab ada assigment 🤣)





Sebelum kurikulum ingin dibangunkan, beberapa elemen yang perlu aku tahu. Antara elemennya adalah:





1. Matlamat

Sebagai pihak yang akan membangunkan sesebuah kurikulum, kita mesti tahu apakah matlamat yang hendak dicapai?. Antara matlamat yang perlu dicapai adalah seperti kepuasan individu, kehendak kurikulum itu sendiri mengikut keperluan masyarakat, kaitan ia dengan amalan masyarakat, selaras dengan kepercayaan agama dan pembangunan yang holistik serta kognitif, afektif dan rohani.





2. Objektif atau hasil pembelajaran.

Beberapa kriteria yang perlu diambilkira dalam membentuk objektif. Antaranya ialah fokus pelajar, menggunakan kata kerja yang menunjukkan perlakuan dengan mengaplikasikan bloom taxonomi, kriteria pencapaian dan situasi pelajar.





3. Pengalaman pembelajaran.

Beberapa perkara yang perlu dititk beratkan dalam menetukan pengalaman pembelajaran yang pelajar akan dapat. Antaranya ialah Persekitaran pembelajaran (masa, metodologi, sumber pembelajaran dan pengajaran, alat, guru dan pelajar). 

Selain itu, menguruskan persekitaran pembelajaran yang bermakna untuk membuat pilihan yang tepat, persekitaran Pembelajaran Aktif, pelajar yang aktif (secara mental), aktiviti yang bermakna, pendekatan bersepadu, minat dan  gaya pembelajaran dan konteks pembelajaran yang pelbagai.





4. Kandungan.

Isi kandungan sesebuah kurikulum itu mestilah mempertimbangkan tentang disiplin pengetahuan dan pengetahuan bersepadu (pelbagai disiplin). Antara kriteria disiplin tersebut ialah pengetahuan yang sah dan kepentingannya (mencapai objektif dan matlamat kurikulum).

5.Mengorganisasi pengalaman pembelajaran. 
Beberapa bentuk penstrukturan yang boleh digunakan seperti "Vertical and horizontal integration "(Tyler) , "Spiral curriculum", Thematic (konsep, teori, kemahiran, nilai) dan juga urutan logik, atau susunan mengikut kesukaran.


6. Menilai pembelajaran.
Beberapa aspek yang perlu dinilai bagi membangunkan kurikulum agar keberkesannya dapat diukur. Antara aspek-aspeknya ialah menentukan sama ada matlamat dan objektif telah dicapai, mengukur tingkah laku, penilaian berterusan atau pada akhir pelajaran. Selain itu penilaian untuk mendapatkan maklum balas untuk mengukur tingkah laku pelajar. Mempelbagaikan penilaian untuk mendapatkan gambaran sebenar dan mengukur tahap pencapaian pelajar.

Wah! Banyak pula yang aku terangkan...hehe harap semua yang membaca mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Aku juga berharap dapatlah aku cuba membangunkan kurikulum sendiri..chaiyokk!!!

Okaylah, kita jumpe untuk entry minggu hadapan ya! 
Terima kasih sudi meluangkan masa membaca...assalamualaikum

No comments:

Post a Comment