Thursday, 20 December 2018

RUMUSAN

Selama 12 minggu menduduki dan belajar di dalam kelas PQI 6004, banyak perkara, ilmu, nilai dan pengalaman yang berharga dapat di ambil sebagai panduan dan rujukan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar kelak. Antara faktor-faktor yang memberikan impak di dalam pembelajaran kursus ini adalah seperti berikut:

Setiap kali tamat sesi kuliah pada setiap hari Jumaat, antara pengalaman pembelajaran yang dapat saya ambil adalah aktiviti yang dijalankan amat berkesan dan bermanfaat untuk diadaptasikan di dalam dunia pekerjaan sebenar. Penyampaian pengajaran oleh pensyarah yang bersahaja dan santai memberikan suasana selesa yang menjadikan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih efektif. Disamping itu, pendekatan pensyarah mendedahkan pelajar kepada dunia  teknologi terkini seperti penggunaan 'QR code' untuk mengakses maklumat, penggunaan 'VR gear' untuk mengalami pengalaman bermain permainan interaktif, menonton video dan sebagainya dapat membuka peluang dan memberikan idea kepada pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif di dalam mendidik.



Selain itu, pembelajaran merekabentuk kurikulum dan aplikasinya dapat memberikan galakan dan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada pelajar untuk memahami struktur kurikulum Malaysia dan negara-negara lain. Sehubungan itu, pelajar juga secara langsung terdedah untuk menganalisis, mengkaji dan mengkritik kandungan kurikulum sedia ada untuk menambahbaik dan membangunkan  sebuah kurikulum yang memberi impak  besar dalam dunia pendidikan. 

Setiap minggu waktu pembelajaran  di dalam kelas PQI 6004 di bawah bimbingan Dr. Dorothy memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berbeza kepada diri saya. Di akhir kelas juga, saya akan mendapat maklumbalas dan penilaian pada hari yang sama di atas pencapaian semasa. Penilaian yang diberikan dapat membuka ruang kepada saya untuk lebih fokus dan berusaha untuk menampilkan prestasi yang baik pada kelas-kelas seterusnya.

Sementara itu, banyak nilai-nilai yang dapat saya tonjolkan kepada kawan sekelas dan sebaliknya untuk menjadikan saya seorang yang lebih memahami keperluan mempunyai akhlak yang baik. Antara nilai-nilai yang dapat diterapkan adalah berusaha, bertoleransi, bekerjasama, kreatif, berfikiran terbuka, sentiasa positif dan banyak lagi. 




Seterusnya, terdapat juga beberapa kemahiran baharu dan sedia ada yang dapat digilap semasa dan selepas sesi pembelajaran. Antaranya adalah kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan banyak lagi. 

Kesimpulannya, keberkesanan di dalam sebuah pembelajaran dan pengajaran memerlukan tanggungjawab yang besar untuk digalas sama ada oleh pensyarah dan pelajar. Kedua-dua pihak ini perlu saling memberi kerjasama untuk dapatan yang lebih berkesan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Oleh itu, secara khususnya kursus ini bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempelajari kurikulum dan merekabentuk rancangan pengajaran harian malah, ia memberikan pengalaman yang sangat bermakna untuk pelajar lebih terbuka di dalam menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan dilalui untuk waktu sekarang dan masa depan. Semoga, semua pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sesi 2018/2019 akan diberi kemudahan dan landasan yang betul dalam menghadapi pelajar abad ke-21.



Wednesday, 19 December 2018

MINGGU 11: PEMBENTANGAN PERBEZAAN KURIKULUM DAN "LESSON PLAN"

Assalamualaikum,
Hi semua...Minggu ini merupakan refleksi terakhir untuk kelas PQI 6004 (Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk). Aku berasa sedikit sedih kerana akan berpisah dengan kawan-kawan yang satu kuliah dan Dr.Dorothy. Selama 12 minggu kami bersama banyak ilmu yang aku dapt ambil dari setiap pengalaman yang telah dikongsi. Selain itu banyak juga perkara yang telah aku perolehi daripada kelas ini. Contohnya, model-model merekabentuk kurikulum, teori pembelajaran, analisis merekabentuk dan banyak lagi.

Minggu ini aktiviti kami di dalam kelas adalah membentangkan tugasan yang telah kami hantar iaitu Perbezaan kurikulum antara negara dan juga "Lesson plan" yang telah direkabentuk untuk subjek-subjek yang dipilih oleh setiap kumpulan.

Kumpulan aku membentangkan tugasan kami


Kumpulan aku membentangkan tentang perbandingan 5 buah negara yang telah dipilih seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Kami telah membandingkan kepada 5 kategori seperti matlamat, objektif, pengalaman pembelajaran, penstrukturan dan penilaian. Kami juga telah menyenarai pendek kelemahan dan kelebihan yang terdapat diantara kelima-lima negara ini. Manakala subjek yang telah kami pilih untuk melihat segala maklumat antara negara tersebut adalah Sejarah.

Selain itu, untuk "lesson plan" kami telah menyediakan 4 lesson plan untuk subjek Sejarah untuk menegah atas di Malaysia. Beberapa faktor yang telah kami analisis sebelum menyediakan lesson plan ini. Kami juga telah mengaplikasikan apa yang telah pelajari ke dalam pembinaan lesson plan ini. Antaranya adalah, analisis tugasan. Antara elemen yang telah kami analisis di dalam analisis tugasan adalah mengenal pasti latar belakang pelajar, keperluan topik, merancang aktiviti, persediaan bahan mengajar dan pentaksiran penilaian.

Disamping itu, kami juga telah memberi justifikasi tentang kepentingan topik yang telah dipilih dan justifikasi aktibiti yang ingin dijalankan semasa proses pembelajaran.

Seterusnya kami satu kuliah telah diberikan peluang untuk bersama-sama menilai dan memberi komen yang positif kepada kumpulan yang telah membuat pembentangan melalui website.

Melalui perkongsian kawan-kawan tentang perbandingan kurikulum di dalam kumpulan mereka, terdapat beberapa yang aku telah pelajari. 

PQI 6004 clans


Akhir sekali, kelas telah diakhiri dengan sesi mengambil gambar. 
Aku berharap segala perkongsian daripada pengalaman aku di dalam menduduki kelas PQI 6004 ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan juga kepada diri aku sendiri.

Terima kasih kepada semua org yang terlibat dengan kelas ini di atas perkongsian dan pengalaman yang sangat berharga ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi..
Terima kasih
Assalamualaikum

Friday, 7 December 2018

Minggu 10: PERBINCANGAN

Assalamualaikum...
Hi semua...
Minggu ini, kelas Dr. Dorothy lebih rileks, tetapi kami perlu berbincang untuk menyiapkan final "lesson plan dan Perbandingan kurikulum 5 negara" untuk dihantar dan disemak sekaligus diberi markah.

Dr.Dorothy memberi penerangan akan aktiviti yang akan dijalankan.

Suasana dalam bilik kuliah sangat tenang dan semua mengambil peranan masing-masing dengan berbincang secara keseluruhannya dengan dibantu dan dipantau oleh Dr.Dorothy. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara aku dan kawan-kawan. Hal ini kerana kami sentiasa bertanya dan memberi pendapat tidak kira ahli sesama kumpulan atau berlainan kumpulan.

Aku harap Aktiviti ini dapat membuahkan hasil Assignment yang terbaik kerana Dr.Dorothy memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk sentiasa memperbaiki kesilapan dan menambahbaik setiap kekurangan yang kami ada untuk menghasilkan dapatan yang dikehendaki.







Akhir kalam, Aku berharap nilai-nilai yang aku dapat di dalam kelas pada kali ini dapat aku terapkan apabila aku sudah menjadi warga pendidik. 

Aku juga berharap,  apa yang dikongsi ini bukan sahaja dapat memanfaatkan diri aku tetapi dapat juga memanfaatkan sesiapa sahaja yang membacanya...
Terima kasih
Assalamualaikum

Saturday, 1 December 2018

Pedagogies and Instructional

Assalamualaikum,


Hi semua, aku datang lagi...hehe
Pejam celik sudah minggu ke-9 aku di UM.
Alhamdulillah kuatnya aku bukan? (nada pertanyaan bukan membangga diri...hahaha)

Oh! sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Dr.Dorothy di atas pencapaiannya dan kejayaannya. Aku tumpang bangga dan rasa sangat beruntung kerana telah menjadi sebahagian cerita dalam kejayaan Dr.Dorothy (sebagai pelajar pon boleh juga...hihihi)

Tahniah Dr.Dorothy


Okaylah minggu ini, setelah seminggu tidak berjumpa dengan Dr.Dorothy...Hari Jumaat 30 Nov 2018 kami dijodohkan untuk bertemu semula..Minggu ini, banyak yang telah aku alami dan pelajari...Topik hari ini adalah Pedagogies and Intructional. Ia adalah pembelajaran mengenai Pedagogi atau lebih mudah "mengajar kanak-kanak". Perkataan "Peda" itu sendiri adalah berasal dari perkataan "paed" yang bermakna child/leader. Manakala "gogy" adalah bermakna belajar/mengajar. 


Aku juga telah belajar beberapa kategori tenaga pengajar (The Pedagogic "identities”) yang telah disenaraikan seperti berikut:

1.The educator as critical practitioner
Kategori ini akan menggunakan pengetahuan yang telah diamalkan oleh sebuah komuniti dan akan merujuk kepada pakar-pakar yang sama bidang untuk mendapat maklum balas dan pendapat.


2.The educator as psycho-diagnostician and facilitator
Kategori ini akan mengambil kira akan proses pemikiran pelajar dan bukan hanya bergantung kepada pengajaran yang diberikan. Dia akan diagnose/belajar daripada apa keperluan pelajar  dan akan menumpukan kepada teknik dan alat berdasarkan keperluan pelajar tertentu.

3.The educator as reflective practitioner
Kategori ini lebih terbuka dan bertanggungjawab di dalam memastikan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajarannya untuk keperluan masa hadapan. Ia juga lebih menitik beratkan dan membina pemikiran kritik untuk penambahbaikan yang berterusan.

4.The educator in a community of practice
Kategori ini membangunkan pengetahuan untuk sesebuah komuniti. Ia mengajar dengan menghasilkan idea baru, cara baru dan mestilah diterima oleh komuniti tertentu.

5.The educator as ASSURE of organisational quality & efficiency
Kategori ini pula merupakan mengajar dengan mengikut dokumen yang telah digariskanuntuk mendapatkan hasil yang berkualiti. hal ini adalah kerana untuk penambahbaikan yang sentiasa berterusan.

Selain itu, aktiviti kami sekuliah adalah dengan membincangkan tentang Blended learning di dalam kumpulan kecil yang telah dibahagikan. Tetapi pendekatan Dr.Dorothy kali ini sangat berbeza. Beliau telah mnggunakan teknologi agar kami dapat mengekplorasi pembelajaran dengan lebih seronok. Kami telah menggunakan QR code untuk mendapatkan model tentang Blended learning. Kumpulan aku menerangkan tentang Rotation Model.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Blenden Learning, boleh melayari laman sesawang seperti di bawah. Part paling enjoy yang aku rasa pada hari kuliah ini adalah di mana Dr.dorothy telah memdedahkan aku dengan Innovative Pedagogies Approaches. Ia adalah bermain game dengan menggunakan Virtual Reality (VR) Glasses Headset Gear. Antara aktiviti innovatif lain yang boleh digunakan oleh guru adalah:
1.      Social media
2.      Productive failure
3.      Teachback
4.      Design thinking
5.      Video games
6.      Formative analytics
7.      Translanguaging
8.      Block chain for learnings




Sesi pembelajaran di dalam bilik kuliah.


Dr.Dorothy menunjukkan cara menggunakan VR

Virtual Reality Glasses Headset Gear

Aku mencuba bermain game menggunakan VR gear.


Rasanya cukuplah perkongsian aku untuk kali ini. kelas pada minggu ini sangat mengujakan dan banyak aku belajar perkara baru yang boleh aku gunakan suatu hari nanti. Semoga perkongsian ini dapat juga memanfaatkan orang lain yang membacanya...
Terima kasih semua...
Assalamualaikum


Saturday, 24 November 2018

E-Learning

Assalamualaikum,

Hi semua!
Minggu ini nampaknya tidak dapat bertemu Dr Dorothy. Di Universiti Malaya ada satu minggu yang hanya diperuntukkan E-learning. E-learning bertujuan untuk pelajar dan pensyarah berkomunikasi dengan menggunakan internet dan web portal pelajar  atau dengan lebih mudah kelas maya. Rindu juga seminggu tidak berjumpa walaupun setiap kali berjumpa aku berharap tiada lambakan kerja...hahaha

Sebenarnya bagus untuk pihak pelajar membuat latihan intensif...selain dapat memudahkan kerja seterusnya, ia juga bagus sekiranya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah. Tetapi biasalah bukan? sesiapa pun bila mendengar TUGASAN tambahan akan berasa sebuku di dalam kepala...hahaha (aku lah..kalau orang lain mungkin tidak)

Okay, pada hari Jumaat waktu kelas PQI 6004 aku dan ahli kumpulan mengambil pendekatan untuk berbincang akan assignment yang akan dihantar pada mingu ke -10.

Lesson plan...Lesson plan...Lesson plan...

In shaa Allah kami akan cuba buat yang terbaik dan doakan kami satu kumpulan bersama kumpulan-kumpulan lain dapat dipermudahkan urusan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut kehendak dan keperluan skema jawapan.

Daripada aktiviti ini, dapat aku kongsikan bahawa kami sekumpulan saling berinteraksi dan memberi pendapat untuk penambahbaikan kerja yang sedia ada dan yang akan datang. Setiap kumpulan mengambil peranan masing-masing dengan merekabentuk lesson plan masing-masing dengan idea yang kreatif dan kritis. Kami telah berbincang untuk menyediakan lesson plan untuk Mata pelajaran Sejarah bagi peringkat menengah atas di Malaysia. Kami telah membahagi tugasan kepada setiap orang untuk mengenalpasti topik dan aktiviti yang sesuai untuk dirancang di dalam lesson plan tersebut. Antara nilai yang dapat kami terapkan dan berikan adalah kerjasama, bertolak ansur, berkongsi maklumat, sabar, dan banyak lagi. Semoga lesson plan yang disediakan dapat diaplikasikan di dalam keadaan yang sebenar.

Terima kasih semua kerana sudi membaca...Assalamualaikum

Minggu 7: Perbincangan Menyeluruh

Assalamulaikum,


Minggu ini kami telah melakukan perbincangan menyeluruh terhadap assignment perbandingan kurikulum 5 negara yang telah kami hantar pada minggu ke-6. Kami juga telah diberi kelonggaran untuk berbincang bersama ahli kumpulan bagi menyiapkan assignment seterusnya iaitu lesson plan berdasarkan subjek pilihan.

Kumpulan aku telah memilih untuk menyediakan lesson plan bagi mata pelajaran Sejarah negara Malaysia. Jadi kami telah berbincang untuk memenuhi kehendak soalan. Kami perlu menyediakan 4 lesson plan berdasarkan silibus kurikulum Malaysia.

Setiap kumpulan diberi peluang untuk berbincang secara lebih dekat dengan Dr Dorothy agar apa yang ingin disediakan dapat memenuhi kriteria pemarkahan yang betul..(harap-harap kumpulan aku dapat menyediakan lesson plan yang terbaik).

Ahli kumpulan aku bergambar dengan Dr.Dorothy yang manis.



Walaupun nampak mungkin ada yang tidak faham dengan hasil gambar ini, tapi bagi aku dan kawan-kawan lain penerangan Dr.Dorothy ini sangat membantu dan bermakna


Rasanya cukup sampai di sini perkongsian daripada aku untuk semua akan aktiviti di dalam kelas PQI 6004. Apa yang dapat aku simpulkan, melalui aktiviti yang telah dijalankan hari ini, setiap kumpulan dapat memberi kerjasama dan berkongsi pendapat terhadap apa yang ingin dirancang. Setiap ahli kumpulan juga dapat peluang untuk mendapat personal consultation daripada Dr.Dorothy kerana beliau telah datang dari meja ke meja untuk berbincang dan komen atas hasil perbincangan setiap kumpulan. Aktiviti hari ini sangat membantu dan dapat mengembangkan idea setiap ahli kumpulan kepada bentuk penerangan yang lebih jelas.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan diri aku dan semua..
Terima kasih..

Assalamualaikum



Friday, 23 November 2018

HOLIDAY MOOD ON!!!

Assalamualaikum semua....


Yeayy!!! Minggu cuti sudah bermula....hahahaha (gelak bermaksud).

Okay walaupun minggu bercuti, aku tetap menjalankan rutin seharian tetapi kali ini bukan sebagai mahasisiwi sahaja (lambakan assigment yang tidak henti), sebagai isteri dan ibu kepada 4 anak-anak comelku (setiap hari pun sama bukan waktu cuti sahaja...hihihi..love..love..love).

#routetojannah

Minggu ni juga merupakan minggu kami berulang-alik ke hospital...anak-anak aku keempat-empat bergilir-gilir demam panas. Abang sihat, adik pula demam, Adik dah sihat, kakak pula demam, kakak sihat baby pula yang demam. Aku dan suami bergilir-gilir bawa anak ke hospital untuk buat ujian darah. Alhamdulillah kami sekeluarga bermuhasabah diri atas cabaran yang telah Allah berikan...keep positive!!

MAAF IKLAN PULAK (hihihi)

Walaupun cuti Dr.Dorothy tetap memilih untuk aku dan kawan-kawan fokus terhadap apa yang lebih penting (maknanya ada tugas...hihihi)

Kami diberi tugasan untuk mereka (Design) lesson plan dengan mengikut model yang telah kami pelajari iaitu Gagne's 9 event instructional design. Di bawah aku kongsikan lesson plan yang telah aku design untuk perhatian dan penelitian pihak Dr.Dorothy. Aku harap kali ini aku mendapat maklum balas yang memberangsangkan seperti online assigment yang lalu (masak Nasi) atau mungkin lebih baik.

Jawapan aku adalah seperti berikut:






Pada pendapat aku mudah juga bila kita sediakan lesson plan mengikut model-model sedia ada yang telah dipelajari. Ia nampak lebih sistematik mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan segala aktiviti di dalam kelas dapat mengikut keperluan pelajar dan guru.

Aku telah submit jawapan aku di laman sesawang spectruUM. Semoga jawapan yang telah aku kongsikan memanfaatkan aku dan sesiapa yang membaca untuk waktu yang diperlukan.

Terima kasih semua kerana sudi membaca.
Assalmualaikum

MINGGU KE-6: THE DESIGN PHASE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

Alhamdulillah kita masih diberi peluang pinjaman nyawa untuk melakukan tugas harian yang tidak pernah habis....Keputusan latihan atas talian minggu lepas yang diberikan telah disemak oleh Dr.Dorothy. Secara tidak langsung aku berpuas hati dengan nilai pemarkahan terhadap jawapan yang aku jawab.

Minggu ni, pada hari Jumaat seperti biasa kelas Dr.Dorothy telah dijalankan. Alamak! hari ini Dr Dorothy membincangkan tentang Assigment Online (Masak Nasi) minggu lepas. Beliau telah memberi komen terhadap jawapan aku. 



Komen yang telah diberikan oleh Dr.Dorothy...Thank you Doc!!

Selain itu, kami sekelas telah didedahkan dengan beberapa model lain yang boleh juga digunakan untuk merekabentuk (design) kurikulum. Antara model-model yang telah diperkenalkan, ia juga boleh digunakan untuk membina "lesson plan" sebelum pengajaran dijalankan yang akan dijalankan di dalam kelas. 
Antara model-model lain yang telah aku pelajari ialah:

1. Model Dick and Carey
Model ini juga dikenali sebagai "Systems Approach Model" yang mempunyai sepuluh langkah yang saling berhubung. Model ini dianggap dipengaruhi oleh model- model lain secara tidak langsung sementara model ini mungkin juga mempunyai pengaruh terhadap model-model lain secara langsung. Antara langkah-langkahnya ditunjukkan di dalam gambar di bawah:




Dick and Carey Model Instructional Design

2. Gagne's Model
Untuk mengenal pasti keadaan mental di dalam proses pembelajaran. Ini berdasarkan kepada model pemprosesan maklumat terhadap peristiwa-peristiwa pemikiran yang berlaku apabila orang dewasa dibentangkan dengan pelbagai rangsangan. Gagne mempunyai sembilan  proses langkah yang disebut peristiwa arahan, yang menghubungkan dan menangani syarat-syarat pembelajaran. Antara prosesnya adalah seperti di dalam gambar yang ditunjukkan dibawah:


Gagne's Instructional Design


Di dalam waktu kuliah kami telah diberi tugas untuk membincangkan apa persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara model ADDIE, GAGNE dan DICK AND CAREY.

Suasana bilik kuliah menjadi sangat energetic dan semua memberi kerjasama yang sangat baik.


Perkara yang telah dibincang bersama Dr.Dorothy sewaktu aku dan kawan berkongsi akan maklumat Gagne's instructional design.

Minggu ini juga aku bersama ahli kumpulan yang lain telah menyiapkan dan menghantar draf assigment perbandingan kurikulum antara Malaysia dan 4 negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Cambodia.


Assigment perbandingan kurikulum 5 negara

Okay, rasanya ini sahaja yang dapat aku kongsikan..in Shaa Allah kita jumpe di entry minggu hadapan ya!! Assalamualaikum

P/S: Semoga apa yang dikongsikan sama-sama kita mendapat manfaatnya. Disertakan link untuk pembacaan tambahan

http://kvccdocs.com/online-certification/content/L-09/Gagne.pdf

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/downloaddoi=10.1.1.457.5828&rep=rep1&type=pdf

Thursday, 15 November 2018

MINGGU KE-5 KAEDAH MEMASAK NASI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

YEAH!!! Rasanya minggu ini adalah minggu yang paling menggembirakan. Mana tidak, kelas telah dibatalkan kerana Dr.Dorothy terlibat dengan urusan yang tidak dapat dielakkan...hehe

Semua kawan-kawan berpakat hendak berjalan-jalan di Midvalley, ada yang hendak berehat di rumah dan bermacam-macam lagi program yang mereka telah rancangkan....

TETAPI, kegembiraan kami semua telah digemparkan dengan berita baik dari Dr.Dorothy bahawa "Kelas dibatalkan di bilik kuliah sahaja...TETAPI, Jeng...jeng...jeng...(ingat boleh lepas....hahahah) rupanya kelas secara online akan dijalankan.

Oleh itu, pada hari Jumaat iaitu hari kuliah, semua pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan yang telah disediakan secara atas talian di laman sesawang www.spectrum.um.edu.my mengikut masa yang telah ditetapkan.

Soalan- soalan cepumas yang perlu dijawab.


Okay, berdasarkan soalan yang Dr.Dorothy beri, secara mudah faham dia minta pelajar menganalisis bagaimana hendak mengajar budak berumur 5 tahun cara- cara memasak nasi...(Oh! masak nasi...senang betul...Takkan aku yang berstatus ibu beranak 4 tidak tahu bagaimana hendak masak nasi...alahai..senang sangat!)

Nampak macam senang bukan? Tetapi terkial-kial juga aku hendak menjawabnya...haha sehingga cramp juga hendak menaip....hahaha mana tidaknya, jawapan mestilah mengikut Design curriculum yang telah diajar pada kelas sebelumnya.

Disini, aku kongsikan jawapan yang telah aku hantar untuk pembacaan semua, aku harap jawapan aku ini mendapat markah yang memuaskan.

  1. Write down the things you need to consider when preparing a lesson to teach how to cook rice for a class of preschool students (5 years old). Write your goal analisis, and your instructional analysis on what you need to teach.

The things that I need to consider is:
  • Preparation
I have to plan well on what I will teach my students. So, I need to prepare for the teaching aids (materials and tools) to be used during the learning process (rice cooker, rice, water, ladle and etc). I also need to design the learning that I want my students to experience (can provide proper ingredients and cook the rice well). Besides that, I also need to set the learning outcomes after the learning session (meaningful learning and can relate to real life).
  • Student’s background
Before starting the deeper steps, I need to know the background of my student that to be taught. Student age is the first aspect to consider. The age level should be known so that the student gets the learning experience that is compatible with their stage and more meaningful. After that, I also need to know some background about their family, whether 'their mother cooks using a gas stove or an electric rice cooker. It is also important to offset existing and new knowledge.
  • Ability and disability
As a teacher, I need to know the abilities and disability of my students. I will ask questions related to the topics to be taught (any information about cooking the rice). The answers they give will highlight their personality, abilities and existing knowledge. If their personality is noticeable, it will make it easier for me to understand the learning needs and experience that my students want.
  • Precautions
The other thing that I need to pay attention is the safety of students. Safety is important for learners to be more careful about doing things that can harm their self and the environment. I have to remind them of things to do and vice versa. For example, need to dry their hand before press the electrical switch.
  • Evaluation of the observation
Assessment and observation are needed to ensure that every student has an effective learning experience and can apply it in everyday life.

Goal analysis
To teach and demonstrate 5-year-old students to cook rice using electric rice cookers perfectly and safely.



Instructional analysis
  1. As an introduction of the lesson, students are exposed to the knowledge of rice and the tools needed to cook rice properly.
  2. Students are taught and I demonstrate how to measure rice, wash rice, measure water level and so on. Rice and water level should be measured according to the correct ratio, eg: 1 ½ cup of water for 1 cup of rice.
  3. Students are reminded to wipe the outside of rice cooker after wash the rice and before putting it in an electric rice cooker.
  4. Plug in the switch and turn it on and press the cooking button on the rice cooker. Wait a few minutes until the cooking button turns warm.
  5. After that, observed and make sure the rice is done cooked and is not raw. Therefore the rice can be served to eat. Turn off the switch for security.



  1. Next, imagine you have to teach a class of adult students, say a group of students from Denmark, who have no experience in cooking rice, nor do they have a rice cooker. What needs to change in your instructional analysis?

What I need to change in the analysis of the structure while teaching the students is, I will demonstrate to them the traditional way to cook rice by using gas stoves. At the same time, I will introduce them to electric rice cookers and teach them how to use it. I would also say that, if they wanted to cook in a modern way, they would have to buy it at any electrical store. The use of the electric rice cooker not only saves time but it is a thing that can be used for a long time. So, the purchase is very worthwhile and useful.

Wah! terasa lega juga dapat menjawab dan sempat menghantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Aku berharap latihan yang Dr.Dorothy berikan secara atas talian ini dapat melatih aku untuk membiasakan menganalisis keperluan kurikulum agar dapat memudahkan urusan tugasan sebenar yang akan diberikan kelak. Semasa menjawab soalan yang diberikan, aku tahu dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang ada dengan lebih mendalam daripada apa yang telah disampaikan oleh Dr.Dorothy pada kelas-kelas yang lepas.
Semoga Allah bantu aku untuk mendapat penilaian yang baik dari Dr.Dorothy..AAMIIN

Okaylah, kita sambung untuk entry seterusnya pada minggu hadapan ya! terima kasih sudi membaca :)





Saturday, 20 October 2018

INSTUCTIONAL SYSTEM DESIGN (REKA BENTUK PENGAJARAN YANG TERATUR)

Assalamualaikum,


Semakin menganjak minggu berikutnya...makin pening dan berat kepala aku...hehe tapi rasanya bukan aku seorang sahaja yang berperasaan macam ini...semua merasakan benda yang sama....

Oohhhh I NEED A VACATION!!! hehehe

Apa-apa pun semua perlu diselesaikan. Kalau kita tidak mengejar masa...masa akan mencemburui kita...ye dak???

Minggu ni untuk Kelas PQI6004 Dr. Dorothy sebut-sebut tentang ADDIE. Siapa Addie?
bukan..bukan...bukan...dia bukan seorang lelaki yang tall, dark & handsome.....hahahaha

ADDIE adalah sebuah model yang akan digunakan untuk membangunkan  "Instructional System Design" atau singkatannya ISD yang apabila diubah bahasa yang lebih mudah faham ialah merekabentuk sistem pengajaran yang lebih teratur.

ADDIE bermaksud daripada singkatan perkataan "Analysis", "Design", "Development", "Implement" dan juga "Evaluate".
Menurut Dr. Dorothy,  model ADDIE ini akan digunakan untuk merekabentuk (merancang) pengajaran dengan menitikberatkan beberapa elemen yang pada minggu lepas telah diterangkan. antara elemennya adalah:
1. Matlamat pengajaran
2. Objektif yang ingin dicapai
3. Pengalaman pengajaran yang ingin disampaikan
4. Penstrukturan pengajaran
5. Menilai 

Menurut McGriff (2000), setiap elemen atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang  berikutnya.

Menurut Nasohah et.al (2015) pula, "lima fasa ini dilihat sangat relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan proses reka bentuk, yang mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang seterusnya. Justeru, dengan kupasan proses model ADDIE ni, disarankan kepada penulis-penulis modul pengajaran yang terdiri daripada segenap peringkat institusi pendidikan agar mendalami model ADDIE ini dan menggunakannya sebagai asas dalam reka bentuk modul agar hasilnya menepati objektif yang ingin dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efektif.

Okaylah, rasanya cukuplah untuk aku memperkenalkan ADDIE..hehe semoga aku dapat mengaplikasikan model ADDIE ini di dalam perancangan pengajaran aku suatu hari nanti. 

Kita berjumpa untuk minggu hadapan ye...terima kasih sudi membaca..Assalamualaikum.



Aku dan kawan-kawan di hadapan bilik Kuliah. 

P/s: Aku kongsikan video yang aku ambil dari Youtube untuk penjelasan Model ADDIE secara visual.





RUJUKAN
McGriff, S. J. (2000). Instructional system design (ISD): Using the ADDIE model. Retrieved June10, 2003.

Nasohah, U. N., Gani, M. I. B. A., Shaid, N. B. M., & Shaid, M. (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. In Proceeding of the International Seminar on Language Teaching IseLT (pp. 4-5).