Alhamdulillah kita masih diberi peluang pinjaman nyawa untuk melakukan tugas harian yang tidak pernah habis....Keputusan latihan atas talian minggu lepas yang diberikan telah disemak oleh Dr.Dorothy. Secara tidak langsung aku berpuas hati dengan nilai pemarkahan terhadap jawapan yang aku jawab.
Minggu ni, pada hari Jumaat seperti biasa kelas Dr.Dorothy telah dijalankan. Alamak! hari ini Dr Dorothy membincangkan tentang Assigment Online (Masak Nasi) minggu lepas. Beliau telah memberi komen terhadap jawapan aku.
Selain itu, kami sekelas telah didedahkan dengan beberapa model lain yang boleh juga digunakan untuk merekabentuk (design) kurikulum. Antara model-model yang telah diperkenalkan, ia juga boleh digunakan untuk membina "lesson plan" sebelum pengajaran dijalankan yang akan dijalankan di dalam kelas. Antara model-model lain yang telah aku pelajari ialah:
1. Model Dick and Carey
Model ini juga dikenali sebagai "Systems Approach Model" yang mempunyai sepuluh langkah yang saling berhubung. Model ini dianggap dipengaruhi oleh model- model lain secara tidak langsung sementara model ini mungkin juga mempunyai pengaruh terhadap model-model lain secara langsung. Antara langkah-langkahnya ditunjukkan di dalam gambar di bawah:
2. Gagne's Model
Untuk mengenal pasti keadaan mental di dalam proses pembelajaran. Ini berdasarkan kepada model pemprosesan maklumat terhadap peristiwa-peristiwa pemikiran yang berlaku apabila orang dewasa dibentangkan dengan pelbagai rangsangan. Gagne mempunyai sembilan proses langkah yang disebut peristiwa arahan, yang menghubungkan dan menangani syarat-syarat pembelajaran. Antara prosesnya adalah seperti di dalam gambar yang ditunjukkan dibawah:
Komen yang telah diberikan oleh Dr.Dorothy...Thank you Doc!!

Dick and Carey Model Instructional Design
2. Gagne's Model
Untuk mengenal pasti keadaan mental di dalam proses pembelajaran. Ini berdasarkan kepada model pemprosesan maklumat terhadap peristiwa-peristiwa pemikiran yang berlaku apabila orang dewasa dibentangkan dengan pelbagai rangsangan. Gagne mempunyai sembilan proses langkah yang disebut peristiwa arahan, yang menghubungkan dan menangani syarat-syarat pembelajaran. Antara prosesnya adalah seperti di dalam gambar yang ditunjukkan dibawah:
Gagne's Instructional Design
Di dalam waktu kuliah kami telah diberi tugas untuk membincangkan apa persamaan dan perbezaan yang terdapat di antara model ADDIE, GAGNE dan DICK AND CAREY.
Suasana bilik kuliah menjadi sangat energetic dan semua memberi kerjasama yang sangat baik.
Perkara yang telah dibincang bersama Dr.Dorothy sewaktu aku dan kawan berkongsi akan maklumat Gagne's instructional design.
Minggu ini juga aku bersama ahli kumpulan yang lain telah menyiapkan dan menghantar draf assigment perbandingan kurikulum antara Malaysia dan 4 negara lain seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Cambodia.
Assigment perbandingan kurikulum 5 negara
Okay, rasanya ini sahaja yang dapat aku kongsikan..in Shaa Allah kita jumpe di entry minggu hadapan ya!! Assalamualaikum
P/S: Semoga apa yang dikongsikan sama-sama kita mendapat manfaatnya. Disertakan link untuk pembacaan tambahan
http://kvccdocs.com/online-certification/content/L-09/Gagne.pdf
http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/downloaddoi=10.1.1.457.5828&rep=rep1&type=pdf

No comments:
Post a Comment