Saturday, 24 November 2018

E-Learning

Assalamualaikum,

Hi semua!
Minggu ini nampaknya tidak dapat bertemu Dr Dorothy. Di Universiti Malaya ada satu minggu yang hanya diperuntukkan E-learning. E-learning bertujuan untuk pelajar dan pensyarah berkomunikasi dengan menggunakan internet dan web portal pelajar  atau dengan lebih mudah kelas maya. Rindu juga seminggu tidak berjumpa walaupun setiap kali berjumpa aku berharap tiada lambakan kerja...hahaha

Sebenarnya bagus untuk pihak pelajar membuat latihan intensif...selain dapat memudahkan kerja seterusnya, ia juga bagus sekiranya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah. Tetapi biasalah bukan? sesiapa pun bila mendengar TUGASAN tambahan akan berasa sebuku di dalam kepala...hahaha (aku lah..kalau orang lain mungkin tidak)

Okay, pada hari Jumaat waktu kelas PQI 6004 aku dan ahli kumpulan mengambil pendekatan untuk berbincang akan assignment yang akan dihantar pada mingu ke -10.

Lesson plan...Lesson plan...Lesson plan...

In shaa Allah kami akan cuba buat yang terbaik dan doakan kami satu kumpulan bersama kumpulan-kumpulan lain dapat dipermudahkan urusan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut kehendak dan keperluan skema jawapan.

Daripada aktiviti ini, dapat aku kongsikan bahawa kami sekumpulan saling berinteraksi dan memberi pendapat untuk penambahbaikan kerja yang sedia ada dan yang akan datang. Setiap kumpulan mengambil peranan masing-masing dengan merekabentuk lesson plan masing-masing dengan idea yang kreatif dan kritis. Kami telah berbincang untuk menyediakan lesson plan untuk Mata pelajaran Sejarah bagi peringkat menengah atas di Malaysia. Kami telah membahagi tugasan kepada setiap orang untuk mengenalpasti topik dan aktiviti yang sesuai untuk dirancang di dalam lesson plan tersebut. Antara nilai yang dapat kami terapkan dan berikan adalah kerjasama, bertolak ansur, berkongsi maklumat, sabar, dan banyak lagi. Semoga lesson plan yang disediakan dapat diaplikasikan di dalam keadaan yang sebenar.

Terima kasih semua kerana sudi membaca...Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment