Yeayy!!! Minggu cuti sudah bermula....hahahaha (gelak bermaksud).
Okay walaupun minggu bercuti, aku tetap menjalankan rutin seharian tetapi kali ini bukan sebagai mahasisiwi sahaja (lambakan assigment yang tidak henti), sebagai isteri dan ibu kepada 4 anak-anak comelku (setiap hari pun sama bukan waktu cuti sahaja...hihihi..love..love..love).
#routetojannah
Minggu ni juga merupakan minggu kami berulang-alik ke hospital...anak-anak aku keempat-empat bergilir-gilir demam panas. Abang sihat, adik pula demam, Adik dah sihat, kakak pula demam, kakak sihat baby pula yang demam. Aku dan suami bergilir-gilir bawa anak ke hospital untuk buat ujian darah. Alhamdulillah kami sekeluarga bermuhasabah diri atas cabaran yang telah Allah berikan...keep positive!!
MAAF IKLAN PULAK (hihihi)
Walaupun cuti Dr.Dorothy tetap memilih untuk aku dan kawan-kawan fokus terhadap apa yang lebih penting (maknanya ada tugas...hihihi)
Kami diberi tugasan untuk mereka (Design) lesson plan dengan mengikut model yang telah kami pelajari iaitu Gagne's 9 event instructional design. Di bawah aku kongsikan lesson plan yang telah aku design untuk perhatian dan penelitian pihak Dr.Dorothy. Aku harap kali ini aku mendapat maklum balas yang memberangsangkan seperti online assigment yang lalu (masak Nasi) atau mungkin lebih baik.
Jawapan aku adalah seperti berikut:
Pada pendapat aku mudah juga bila kita sediakan lesson plan mengikut model-model sedia ada yang telah dipelajari. Ia nampak lebih sistematik mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan segala aktiviti di dalam kelas dapat mengikut keperluan pelajar dan guru.
Aku telah submit jawapan aku di laman sesawang spectruUM. Semoga jawapan yang telah aku kongsikan memanfaatkan aku dan sesiapa yang membaca untuk waktu yang diperlukan.
Terima kasih semua kerana sudi membaca.
Assalmualaikum





No comments:
Post a Comment