Hi semua...
Minggu ini, kelas Dr. Dorothy lebih rileks, tetapi kami perlu berbincang untuk menyiapkan final "lesson plan dan Perbandingan kurikulum 5 negara" untuk dihantar dan disemak sekaligus diberi markah.
Dr.Dorothy memberi penerangan akan aktiviti yang akan dijalankan.
Suasana dalam bilik kuliah sangat tenang dan semua mengambil peranan masing-masing dengan berbincang secara keseluruhannya dengan dibantu dan dipantau oleh Dr.Dorothy. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara aku dan kawan-kawan. Hal ini kerana kami sentiasa bertanya dan memberi pendapat tidak kira ahli sesama kumpulan atau berlainan kumpulan.
Aku harap Aktiviti ini dapat membuahkan hasil Assignment yang terbaik kerana Dr.Dorothy memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk sentiasa memperbaiki kesilapan dan menambahbaik setiap kekurangan yang kami ada untuk menghasilkan dapatan yang dikehendaki.
Akhir kalam, Aku berharap nilai-nilai yang aku dapat di dalam kelas pada kali ini dapat aku terapkan apabila aku sudah menjadi warga pendidik.
Aku juga berharap, apa yang dikongsi ini bukan sahaja dapat memanfaatkan diri aku tetapi dapat juga memanfaatkan sesiapa sahaja yang membacanya...
Terima kasih
Assalamualaikum






No comments:
Post a Comment