Wednesday, 19 December 2018

MINGGU 11: PEMBENTANGAN PERBEZAAN KURIKULUM DAN "LESSON PLAN"

Assalamualaikum,
Hi semua...Minggu ini merupakan refleksi terakhir untuk kelas PQI 6004 (Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk). Aku berasa sedikit sedih kerana akan berpisah dengan kawan-kawan yang satu kuliah dan Dr.Dorothy. Selama 12 minggu kami bersama banyak ilmu yang aku dapt ambil dari setiap pengalaman yang telah dikongsi. Selain itu banyak juga perkara yang telah aku perolehi daripada kelas ini. Contohnya, model-model merekabentuk kurikulum, teori pembelajaran, analisis merekabentuk dan banyak lagi.

Minggu ini aktiviti kami di dalam kelas adalah membentangkan tugasan yang telah kami hantar iaitu Perbezaan kurikulum antara negara dan juga "Lesson plan" yang telah direkabentuk untuk subjek-subjek yang dipilih oleh setiap kumpulan.

Kumpulan aku membentangkan tugasan kami


Kumpulan aku membentangkan tentang perbandingan 5 buah negara yang telah dipilih seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Kami telah membandingkan kepada 5 kategori seperti matlamat, objektif, pengalaman pembelajaran, penstrukturan dan penilaian. Kami juga telah menyenarai pendek kelemahan dan kelebihan yang terdapat diantara kelima-lima negara ini. Manakala subjek yang telah kami pilih untuk melihat segala maklumat antara negara tersebut adalah Sejarah.

Selain itu, untuk "lesson plan" kami telah menyediakan 4 lesson plan untuk subjek Sejarah untuk menegah atas di Malaysia. Beberapa faktor yang telah kami analisis sebelum menyediakan lesson plan ini. Kami juga telah mengaplikasikan apa yang telah pelajari ke dalam pembinaan lesson plan ini. Antaranya adalah, analisis tugasan. Antara elemen yang telah kami analisis di dalam analisis tugasan adalah mengenal pasti latar belakang pelajar, keperluan topik, merancang aktiviti, persediaan bahan mengajar dan pentaksiran penilaian.

Disamping itu, kami juga telah memberi justifikasi tentang kepentingan topik yang telah dipilih dan justifikasi aktibiti yang ingin dijalankan semasa proses pembelajaran.

Seterusnya kami satu kuliah telah diberikan peluang untuk bersama-sama menilai dan memberi komen yang positif kepada kumpulan yang telah membuat pembentangan melalui website.

Melalui perkongsian kawan-kawan tentang perbandingan kurikulum di dalam kumpulan mereka, terdapat beberapa yang aku telah pelajari. 

PQI 6004 clans


Akhir sekali, kelas telah diakhiri dengan sesi mengambil gambar. 
Aku berharap segala perkongsian daripada pengalaman aku di dalam menduduki kelas PQI 6004 ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan juga kepada diri aku sendiri.

Terima kasih kepada semua org yang terlibat dengan kelas ini di atas perkongsian dan pengalaman yang sangat berharga ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi..
Terima kasih
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment