Thursday, 11 October 2018

Minggu pertama Kelas "APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN (PQI6004)"



Assalamualaikum dan hi,


Perasaan minggu pertama aku memulakan pengajian sebagai mahasiswi Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Universiti Malaya sangat mengujakan. Persekitaran yang sangat positif sangat kuat dapat aku rasakan. Perkenalan dengan rakan- rakan baru yang berbeza latar belakang dan dapat berkongsi pelbagai cerita serta pengalaman sangat memberi inspirasi agar aku lebih banyak memperbaiki diri.



Jumaat, 28 september 2018 jam 9.00 pagi aku begitu teruja untuk menghadiri kelas yang telah aku daftar iaitu PQI6004, APLIKASI PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KURIKULUM DAN REKABENTUK PENGAJARAN. Aku sampai awal pagi itu. Aku perhatikan sudah ada yang hadir lebih awal dariku dihadapan bilik kuliah yang telah ditetapkan. Kelas pertama biasanya memang akan lebih bersemangat :) Betul kan? hehe



Dr Dorothy Dewitt adalah pensyarah yang akan mengajar aku subjek ini. Hari ini, dia manis memakai blouse putih dan skirt berwarna purple.



Soalan pertama yang Dr Dorothy tanyakan kepada kami di dalam bilik kuliah, 



"Semasa kamu mendaftar subjek, apakah tanggapan pertama kamu kepada saya?. Adakah kamu ingat saya berambut blonde?". Semua pelajar menyambutnya dengan gelak.



 "Nama cantik"jawabku. Dia membalas dengan tawa yang sangat menyenangkan.



Okay,jam yang pertama  dimulakan dengan memperkenalkan diri. Bermula dengan Dr Dorothy dan aku adalah orang terakhir. Dr Dorothy berasal dari Melaka dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak dalam bidang pendidikan.



Jam kedua, kami semua diberi fahaman tentang apa itu kurikulum secara amnya. Nama subjek pun ada perkataan kurikulum, jadi sudah semestinya akan mempelajari "apa itu kurikulum?". 



Ramai kawan-kawan sekuliahku berkongsi fahaman peribadi dengan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Aku senaraikan secara ringkas dari perkongsian yang ada.



Apa itu kurikulum?

1. Kurikulum adalah silibus
2. Kurikulum merupakan rancangan pengajaran dan pembelajaran
3. Kurikulum adalah dokumen yang disediakan untuk sekolah rujuk bagi guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
4. Kurikulum adalah apa yang pelajar perlu pelajari


Tetapi dari persepektif pendidikan, apa yang aku dapat daripada apa yang disampaikan oleh Dr.Dorothy adalah;



Menurut Pinar (1974), perkataan Kurikulum atau dalam Bahasa Inggeris Curriculum adalah berasal daripada Latin iaitu 'currere’ yang bermaksud berjalan (atau pun hidup). Manakala menurut daripada Pinar et al. (1995) dan Pinar (2004), nilai kurikulum dalam pembelajaran kendiri adalah melalui kaedah autobiografi.



Menurut Marsh and Willis (2007), kurikulum terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:



1. Kurikulum yang telah dirancang (planned curriculum) oleh badan bertanggungjawab dan di Malaysia adalah Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. Kurikulum yang telah digubal (enacted curriculum) dimana kurikulum itu telah digunakan dan disampaikan oleh guru mengikut tanggungjawab dan kreativiti masing-masing.
3. Kurikulum yang berpengalaman (experienced curriculum), dimana ia merupakan pengalaman pelajar semasa pembelajaran. Setiap pelajar akan mendapat pengalaman yang berbeza semasa sesi pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa dalam kelas.


Menurut McNeil (2003) kurikulum yang hidup (live curriculum) adalah apabila guru dan pelajar saling berhubung di dalam kelas semasa melakukan aktiviti yang sangat bermakna. Manalaka kurikulum mati (dead curriculum) pula adalah kurikulum yang tidak dihidupkan dengan pelbagai kreativiti tetapi disampaikan mengikut standard dokumentasi yang telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab.


Rasanya ini sahaja yang dapat aku tuliskan mengikut apa yang aku faham dan belajar semasa di dalam bilik kuliah. Kuliah ditamatkan dengan setiap orang diberi tugas untuk dibentangkan pada kelas minggu hadapan tentang beberapa makna kurikulum. Okay aku akan kongsikan apa yang akan dibentangkan oleh setiap kumpulan pada minggu hadapan dan apa yang aku dapat pelajari darinya ya!

Terima Kasih kerana sudi membaca kisah dan kuliah aku ;)
Assalamualaikum.



        Mahasiswi yang baik-baik dan hebat yang aku kenal waktu sekarang...hehe. Sebenarnya ramai lagi tetapi ini sahaja yang sempat diambil. 




Disertakan  link untuk pembacaan semua tentang kurikulum.

https://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/31138798/tyler_001.pdfAWSAccessKeyId=AKIAIWOWYYGZ2Y53UL3A&Expires=1545229993&Signature=oIiZWvleoKUNPcqWzqgtxr8K1c%3D&responsecontentdisposition=inline%3B%20filename%3DBsic_principles_of_curriculum_and_instr.pdf

https://www.moe.gov.my/index.php/my/kurikulum

http://studentsrepo.um.edu.my/5959/4/4._BAB_1.pdf




12 comments:

  1. Ayat yg ringkas dan mudah difahami, menarik dan tidak membosankan. Sy seronok baca entry ni. Goodluck! πŸ’ͺ

    ReplyDelete
  2. Aura positif tu dpt dirasakan keterujaannye... Hihihi
    Semoga aura positif terus mengiringi sepanjang pengajian kamu.. Chayo!

    ReplyDelete
  3. Wahhh. .X sabar nk tunggu citer seterusnya.. Penceritaan pengalaman & pengetahuan yg menarik..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Penulisan yang menarik dan ringkas. teruskan menulis kerana akan ada yg akan membaca pada setiap entryπŸ˜ŠπŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  6. Mmmmm... Menarik... Teruja pulak nak bc entry seterusnya.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

    ReplyDelete
  7. Good luck.. semoga lebh kuat menempuh cabaran dlm bidang pendidikan

    ReplyDelete