Thursday, 20 December 2018

RUMUSAN

Selama 12 minggu menduduki dan belajar di dalam kelas PQI 6004, banyak perkara, ilmu, nilai dan pengalaman yang berharga dapat di ambil sebagai panduan dan rujukan untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar kelak. Antara faktor-faktor yang memberikan impak di dalam pembelajaran kursus ini adalah seperti berikut:

Setiap kali tamat sesi kuliah pada setiap hari Jumaat, antara pengalaman pembelajaran yang dapat saya ambil adalah aktiviti yang dijalankan amat berkesan dan bermanfaat untuk diadaptasikan di dalam dunia pekerjaan sebenar. Penyampaian pengajaran oleh pensyarah yang bersahaja dan santai memberikan suasana selesa yang menjadikan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih efektif. Disamping itu, pendekatan pensyarah mendedahkan pelajar kepada dunia  teknologi terkini seperti penggunaan 'QR code' untuk mengakses maklumat, penggunaan 'VR gear' untuk mengalami pengalaman bermain permainan interaktif, menonton video dan sebagainya dapat membuka peluang dan memberikan idea kepada pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif di dalam mendidik.



Selain itu, pembelajaran merekabentuk kurikulum dan aplikasinya dapat memberikan galakan dan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada pelajar untuk memahami struktur kurikulum Malaysia dan negara-negara lain. Sehubungan itu, pelajar juga secara langsung terdedah untuk menganalisis, mengkaji dan mengkritik kandungan kurikulum sedia ada untuk menambahbaik dan membangunkan  sebuah kurikulum yang memberi impak  besar dalam dunia pendidikan. 

Setiap minggu waktu pembelajaran  di dalam kelas PQI 6004 di bawah bimbingan Dr. Dorothy memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berbeza kepada diri saya. Di akhir kelas juga, saya akan mendapat maklumbalas dan penilaian pada hari yang sama di atas pencapaian semasa. Penilaian yang diberikan dapat membuka ruang kepada saya untuk lebih fokus dan berusaha untuk menampilkan prestasi yang baik pada kelas-kelas seterusnya.

Sementara itu, banyak nilai-nilai yang dapat saya tonjolkan kepada kawan sekelas dan sebaliknya untuk menjadikan saya seorang yang lebih memahami keperluan mempunyai akhlak yang baik. Antara nilai-nilai yang dapat diterapkan adalah berusaha, bertoleransi, bekerjasama, kreatif, berfikiran terbuka, sentiasa positif dan banyak lagi. 




Seterusnya, terdapat juga beberapa kemahiran baharu dan sedia ada yang dapat digilap semasa dan selepas sesi pembelajaran. Antaranya adalah kemahiran komunikasi yang baik, kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan banyak lagi. 

Kesimpulannya, keberkesanan di dalam sebuah pembelajaran dan pengajaran memerlukan tanggungjawab yang besar untuk digalas sama ada oleh pensyarah dan pelajar. Kedua-dua pihak ini perlu saling memberi kerjasama untuk dapatan yang lebih berkesan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Oleh itu, secara khususnya kursus ini bukan sahaja memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempelajari kurikulum dan merekabentuk rancangan pengajaran harian malah, ia memberikan pengalaman yang sangat bermakna untuk pelajar lebih terbuka di dalam menghadapi cabaran-cabaran baru yang akan dilalui untuk waktu sekarang dan masa depan. Semoga, semua pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sesi 2018/2019 akan diberi kemudahan dan landasan yang betul dalam menghadapi pelajar abad ke-21.



Wednesday, 19 December 2018

MINGGU 11: PEMBENTANGAN PERBEZAAN KURIKULUM DAN "LESSON PLAN"

Assalamualaikum,
Hi semua...Minggu ini merupakan refleksi terakhir untuk kelas PQI 6004 (Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk). Aku berasa sedikit sedih kerana akan berpisah dengan kawan-kawan yang satu kuliah dan Dr.Dorothy. Selama 12 minggu kami bersama banyak ilmu yang aku dapt ambil dari setiap pengalaman yang telah dikongsi. Selain itu banyak juga perkara yang telah aku perolehi daripada kelas ini. Contohnya, model-model merekabentuk kurikulum, teori pembelajaran, analisis merekabentuk dan banyak lagi.

Minggu ini aktiviti kami di dalam kelas adalah membentangkan tugasan yang telah kami hantar iaitu Perbezaan kurikulum antara negara dan juga "Lesson plan" yang telah direkabentuk untuk subjek-subjek yang dipilih oleh setiap kumpulan.

Kumpulan aku membentangkan tugasan kami


Kumpulan aku membentangkan tentang perbandingan 5 buah negara yang telah dipilih seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Cambodia. Kami telah membandingkan kepada 5 kategori seperti matlamat, objektif, pengalaman pembelajaran, penstrukturan dan penilaian. Kami juga telah menyenarai pendek kelemahan dan kelebihan yang terdapat diantara kelima-lima negara ini. Manakala subjek yang telah kami pilih untuk melihat segala maklumat antara negara tersebut adalah Sejarah.

Selain itu, untuk "lesson plan" kami telah menyediakan 4 lesson plan untuk subjek Sejarah untuk menegah atas di Malaysia. Beberapa faktor yang telah kami analisis sebelum menyediakan lesson plan ini. Kami juga telah mengaplikasikan apa yang telah pelajari ke dalam pembinaan lesson plan ini. Antaranya adalah, analisis tugasan. Antara elemen yang telah kami analisis di dalam analisis tugasan adalah mengenal pasti latar belakang pelajar, keperluan topik, merancang aktiviti, persediaan bahan mengajar dan pentaksiran penilaian.

Disamping itu, kami juga telah memberi justifikasi tentang kepentingan topik yang telah dipilih dan justifikasi aktibiti yang ingin dijalankan semasa proses pembelajaran.

Seterusnya kami satu kuliah telah diberikan peluang untuk bersama-sama menilai dan memberi komen yang positif kepada kumpulan yang telah membuat pembentangan melalui website.

Melalui perkongsian kawan-kawan tentang perbandingan kurikulum di dalam kumpulan mereka, terdapat beberapa yang aku telah pelajari. 

PQI 6004 clans


Akhir sekali, kelas telah diakhiri dengan sesi mengambil gambar. 
Aku berharap segala perkongsian daripada pengalaman aku di dalam menduduki kelas PQI 6004 ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan juga kepada diri aku sendiri.

Terima kasih kepada semua org yang terlibat dengan kelas ini di atas perkongsian dan pengalaman yang sangat berharga ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi..
Terima kasih
Assalamualaikum

Friday, 7 December 2018

Minggu 10: PERBINCANGAN

Assalamualaikum...
Hi semua...
Minggu ini, kelas Dr. Dorothy lebih rileks, tetapi kami perlu berbincang untuk menyiapkan final "lesson plan dan Perbandingan kurikulum 5 negara" untuk dihantar dan disemak sekaligus diberi markah.

Dr.Dorothy memberi penerangan akan aktiviti yang akan dijalankan.

Suasana dalam bilik kuliah sangat tenang dan semua mengambil peranan masing-masing dengan berbincang secara keseluruhannya dengan dibantu dan dipantau oleh Dr.Dorothy. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara aku dan kawan-kawan. Hal ini kerana kami sentiasa bertanya dan memberi pendapat tidak kira ahli sesama kumpulan atau berlainan kumpulan.

Aku harap Aktiviti ini dapat membuahkan hasil Assignment yang terbaik kerana Dr.Dorothy memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk sentiasa memperbaiki kesilapan dan menambahbaik setiap kekurangan yang kami ada untuk menghasilkan dapatan yang dikehendaki.







Akhir kalam, Aku berharap nilai-nilai yang aku dapat di dalam kelas pada kali ini dapat aku terapkan apabila aku sudah menjadi warga pendidik. 

Aku juga berharap,  apa yang dikongsi ini bukan sahaja dapat memanfaatkan diri aku tetapi dapat juga memanfaatkan sesiapa sahaja yang membacanya...
Terima kasih
Assalamualaikum

Saturday, 1 December 2018

Pedagogies and Instructional

Assalamualaikum,


Hi semua, aku datang lagi...hehe
Pejam celik sudah minggu ke-9 aku di UM.
Alhamdulillah kuatnya aku bukan? (nada pertanyaan bukan membangga diri...hahaha)

Oh! sebelum aku menulis dengan lebih panjang, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Dr.Dorothy di atas pencapaiannya dan kejayaannya. Aku tumpang bangga dan rasa sangat beruntung kerana telah menjadi sebahagian cerita dalam kejayaan Dr.Dorothy (sebagai pelajar pon boleh juga...hihihi)

Tahniah Dr.Dorothy


Okaylah minggu ini, setelah seminggu tidak berjumpa dengan Dr.Dorothy...Hari Jumaat 30 Nov 2018 kami dijodohkan untuk bertemu semula..Minggu ini, banyak yang telah aku alami dan pelajari...Topik hari ini adalah Pedagogies and Intructional. Ia adalah pembelajaran mengenai Pedagogi atau lebih mudah "mengajar kanak-kanak". Perkataan "Peda" itu sendiri adalah berasal dari perkataan "paed" yang bermakna child/leader. Manakala "gogy" adalah bermakna belajar/mengajar. 


Aku juga telah belajar beberapa kategori tenaga pengajar (The Pedagogic "identities”) yang telah disenaraikan seperti berikut:

1.The educator as critical practitioner
Kategori ini akan menggunakan pengetahuan yang telah diamalkan oleh sebuah komuniti dan akan merujuk kepada pakar-pakar yang sama bidang untuk mendapat maklum balas dan pendapat.


2.The educator as psycho-diagnostician and facilitator
Kategori ini akan mengambil kira akan proses pemikiran pelajar dan bukan hanya bergantung kepada pengajaran yang diberikan. Dia akan diagnose/belajar daripada apa keperluan pelajar  dan akan menumpukan kepada teknik dan alat berdasarkan keperluan pelajar tertentu.

3.The educator as reflective practitioner
Kategori ini lebih terbuka dan bertanggungjawab di dalam memastikan pelajar dapat mengaplikasikan pembelajarannya untuk keperluan masa hadapan. Ia juga lebih menitik beratkan dan membina pemikiran kritik untuk penambahbaikan yang berterusan.

4.The educator in a community of practice
Kategori ini membangunkan pengetahuan untuk sesebuah komuniti. Ia mengajar dengan menghasilkan idea baru, cara baru dan mestilah diterima oleh komuniti tertentu.

5.The educator as ASSURE of organisational quality & efficiency
Kategori ini pula merupakan mengajar dengan mengikut dokumen yang telah digariskanuntuk mendapatkan hasil yang berkualiti. hal ini adalah kerana untuk penambahbaikan yang sentiasa berterusan.

Selain itu, aktiviti kami sekuliah adalah dengan membincangkan tentang Blended learning di dalam kumpulan kecil yang telah dibahagikan. Tetapi pendekatan Dr.Dorothy kali ini sangat berbeza. Beliau telah mnggunakan teknologi agar kami dapat mengekplorasi pembelajaran dengan lebih seronok. Kami telah menggunakan QR code untuk mendapatkan model tentang Blended learning. Kumpulan aku menerangkan tentang Rotation Model.

Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Blenden Learning, boleh melayari laman sesawang seperti di bawah. Part paling enjoy yang aku rasa pada hari kuliah ini adalah di mana Dr.dorothy telah memdedahkan aku dengan Innovative Pedagogies Approaches. Ia adalah bermain game dengan menggunakan Virtual Reality (VR) Glasses Headset Gear. Antara aktiviti innovatif lain yang boleh digunakan oleh guru adalah:
1.      Social media
2.      Productive failure
3.      Teachback
4.      Design thinking
5.      Video games
6.      Formative analytics
7.      Translanguaging
8.      Block chain for learnings




Sesi pembelajaran di dalam bilik kuliah.


Dr.Dorothy menunjukkan cara menggunakan VR

Virtual Reality Glasses Headset Gear

Aku mencuba bermain game menggunakan VR gear.


Rasanya cukuplah perkongsian aku untuk kali ini. kelas pada minggu ini sangat mengujakan dan banyak aku belajar perkara baru yang boleh aku gunakan suatu hari nanti. Semoga perkongsian ini dapat juga memanfaatkan orang lain yang membacanya...
Terima kasih semua...
Assalamualaikum


Saturday, 24 November 2018

E-Learning

Assalamualaikum,

Hi semua!
Minggu ini nampaknya tidak dapat bertemu Dr Dorothy. Di Universiti Malaya ada satu minggu yang hanya diperuntukkan E-learning. E-learning bertujuan untuk pelajar dan pensyarah berkomunikasi dengan menggunakan internet dan web portal pelajar  atau dengan lebih mudah kelas maya. Rindu juga seminggu tidak berjumpa walaupun setiap kali berjumpa aku berharap tiada lambakan kerja...hahaha

Sebenarnya bagus untuk pihak pelajar membuat latihan intensif...selain dapat memudahkan kerja seterusnya, ia juga bagus sekiranya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah. Tetapi biasalah bukan? sesiapa pun bila mendengar TUGASAN tambahan akan berasa sebuku di dalam kepala...hahaha (aku lah..kalau orang lain mungkin tidak)

Okay, pada hari Jumaat waktu kelas PQI 6004 aku dan ahli kumpulan mengambil pendekatan untuk berbincang akan assignment yang akan dihantar pada mingu ke -10.

Lesson plan...Lesson plan...Lesson plan...

In shaa Allah kami akan cuba buat yang terbaik dan doakan kami satu kumpulan bersama kumpulan-kumpulan lain dapat dipermudahkan urusan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut kehendak dan keperluan skema jawapan.

Daripada aktiviti ini, dapat aku kongsikan bahawa kami sekumpulan saling berinteraksi dan memberi pendapat untuk penambahbaikan kerja yang sedia ada dan yang akan datang. Setiap kumpulan mengambil peranan masing-masing dengan merekabentuk lesson plan masing-masing dengan idea yang kreatif dan kritis. Kami telah berbincang untuk menyediakan lesson plan untuk Mata pelajaran Sejarah bagi peringkat menengah atas di Malaysia. Kami telah membahagi tugasan kepada setiap orang untuk mengenalpasti topik dan aktiviti yang sesuai untuk dirancang di dalam lesson plan tersebut. Antara nilai yang dapat kami terapkan dan berikan adalah kerjasama, bertolak ansur, berkongsi maklumat, sabar, dan banyak lagi. Semoga lesson plan yang disediakan dapat diaplikasikan di dalam keadaan yang sebenar.

Terima kasih semua kerana sudi membaca...Assalamualaikum

Minggu 7: Perbincangan Menyeluruh

Assalamulaikum,


Minggu ini kami telah melakukan perbincangan menyeluruh terhadap assignment perbandingan kurikulum 5 negara yang telah kami hantar pada minggu ke-6. Kami juga telah diberi kelonggaran untuk berbincang bersama ahli kumpulan bagi menyiapkan assignment seterusnya iaitu lesson plan berdasarkan subjek pilihan.

Kumpulan aku telah memilih untuk menyediakan lesson plan bagi mata pelajaran Sejarah negara Malaysia. Jadi kami telah berbincang untuk memenuhi kehendak soalan. Kami perlu menyediakan 4 lesson plan berdasarkan silibus kurikulum Malaysia.

Setiap kumpulan diberi peluang untuk berbincang secara lebih dekat dengan Dr Dorothy agar apa yang ingin disediakan dapat memenuhi kriteria pemarkahan yang betul..(harap-harap kumpulan aku dapat menyediakan lesson plan yang terbaik).

Ahli kumpulan aku bergambar dengan Dr.Dorothy yang manis.



Walaupun nampak mungkin ada yang tidak faham dengan hasil gambar ini, tapi bagi aku dan kawan-kawan lain penerangan Dr.Dorothy ini sangat membantu dan bermakna


Rasanya cukup sampai di sini perkongsian daripada aku untuk semua akan aktiviti di dalam kelas PQI 6004. Apa yang dapat aku simpulkan, melalui aktiviti yang telah dijalankan hari ini, setiap kumpulan dapat memberi kerjasama dan berkongsi pendapat terhadap apa yang ingin dirancang. Setiap ahli kumpulan juga dapat peluang untuk mendapat personal consultation daripada Dr.Dorothy kerana beliau telah datang dari meja ke meja untuk berbincang dan komen atas hasil perbincangan setiap kumpulan. Aktiviti hari ini sangat membantu dan dapat mengembangkan idea setiap ahli kumpulan kepada bentuk penerangan yang lebih jelas.

Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan diri aku dan semua..
Terima kasih..

Assalamualaikum



Friday, 23 November 2018

HOLIDAY MOOD ON!!!

Assalamualaikum semua....


Yeayy!!! Minggu cuti sudah bermula....hahahaha (gelak bermaksud).

Okay walaupun minggu bercuti, aku tetap menjalankan rutin seharian tetapi kali ini bukan sebagai mahasisiwi sahaja (lambakan assigment yang tidak henti), sebagai isteri dan ibu kepada 4 anak-anak comelku (setiap hari pun sama bukan waktu cuti sahaja...hihihi..love..love..love).

#routetojannah

Minggu ni juga merupakan minggu kami berulang-alik ke hospital...anak-anak aku keempat-empat bergilir-gilir demam panas. Abang sihat, adik pula demam, Adik dah sihat, kakak pula demam, kakak sihat baby pula yang demam. Aku dan suami bergilir-gilir bawa anak ke hospital untuk buat ujian darah. Alhamdulillah kami sekeluarga bermuhasabah diri atas cabaran yang telah Allah berikan...keep positive!!

MAAF IKLAN PULAK (hihihi)

Walaupun cuti Dr.Dorothy tetap memilih untuk aku dan kawan-kawan fokus terhadap apa yang lebih penting (maknanya ada tugas...hihihi)

Kami diberi tugasan untuk mereka (Design) lesson plan dengan mengikut model yang telah kami pelajari iaitu Gagne's 9 event instructional design. Di bawah aku kongsikan lesson plan yang telah aku design untuk perhatian dan penelitian pihak Dr.Dorothy. Aku harap kali ini aku mendapat maklum balas yang memberangsangkan seperti online assigment yang lalu (masak Nasi) atau mungkin lebih baik.

Jawapan aku adalah seperti berikut:






Pada pendapat aku mudah juga bila kita sediakan lesson plan mengikut model-model sedia ada yang telah dipelajari. Ia nampak lebih sistematik mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan segala aktiviti di dalam kelas dapat mengikut keperluan pelajar dan guru.

Aku telah submit jawapan aku di laman sesawang spectruUM. Semoga jawapan yang telah aku kongsikan memanfaatkan aku dan sesiapa yang membaca untuk waktu yang diperlukan.

Terima kasih semua kerana sudi membaca.
Assalmualaikum